Wednesday 21 September 2011

Mengenali Islam

Catatan: Azanizam Aza


Islam itu ada lahir, ada batin. ada jasad, ada roh. Ada rangka, ada nyawa. Islam itu ada kulit dan ada isi. Batin Islam atau roh Islam atau nyawa Islam atau intipati Islam itulah yang dikatakan ROHUL AMAL.. Iaitu roh dalam kita bekerja, roh dalam kita ber­tindak atau roh dalam kita melaksanakan sesuatu, sama ada dalam bidang ibadah dan sebagainya..

Roh amal inilah yang hendak kita jaga sungguh2 kerana ia merupakan nyawa bagi amalan kita di samping kita tidak pula menafikan amalan atau syariat lahir.. Roh amal inilah tempat jatuh pandangan Allah kerana ia merupakan intipati amal.. Itulah perkara yang Allah nilai. Allah tidak pandang amalan lahir kita kalau rohnya tidak ada.. kita ber­ibadah mesti ada roh.. Berdakwah dan berjihad mesti ada roh. Begitu juga bermusafir, bergaul, berdoa, berzikir dan sebagainya mesti ada roh.. Amalan yang tidak ada roh samalah seperti manusia yang tidak ada nyawa.. Ertinya sudah dianggap bangkai.. 
Sebab itu selepas SOLAT.. selepas buat baik.. kita disuruh ISTIGHFAR.. istighfar?.. MENGAPA? .. Kalau selepas buat jahat kita disuruh istighfar lojiklah.. Kenapa pula kita disuruh istighfar selepas membuat kerja baik? .. Sebab dikhuatiri kita tidak dapat TAQWA dalam solat atau dalam amalan baik yang kita lakukan itu.. Dikhuatiri dalam amalan kita itu tidak ada rohnya dan ALLAH SWT tidak pandang.

2 comments:

  1. Conheço uma música que diz: "O amor é tudo, feliz é quem ama, não há barreiras para conter sua chama. O amor é bálsamo, na triste lida, o amor é mais, também é paz, o amor é vida..."

    "...ainda que tivesse o dom de profecia, e conhecesse todos os mistérios e toda a ciência, e ainda que tivesse toda a fé, de maneira tal que transportasse os montes, e não tivesse amor, nada seria." (1 Coríntios 13:2)
    "O amor não se porta com indecência, não busca os seus interesses, não se irrita, não suspeita mal..."
    (1 Coríntios 13:5)

    Que o amor do Deus Todo Poderoso seja plenamente derramado em seu coração.

    ReplyDelete
  2. Istighfar.. Kena jugak bila wat kebaikan sebab maybe nak elakkan kita daripada sikap riak, kan ? Riak tu penghapus amalan huhu..

    ReplyDelete