Monday 19 September 2011

Antara Khinzir dan Perempuan


Babi kalau disentuh tak haram tapi hanya perlu disamak. Tengok babi tak haram.


Perempuan bukan muhrim haram disentuh apatah lagi jika keluar bercouple, berdating dan bermesra-mesraan. Kalau aurat tak dijaga, haram melihatnya.
لأن يطعن في رأس أحدكم بمخيط من حديد، خير له من أن يمس امرأة لا تحل له
Maksudnya: “Kalau dicucuk dengan jarum dikepala salah seorang dari kamu adalah lebih baik daripada dia menyentuh perempuan yang tidak halal baginya”. [HR At-Tabarani 20/212, Sahih Al-Jami’ No. 4921] 

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih).
“Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram.” Riwayat Ibnu Majah.


Catatan ini bukan bermakna untuk memperlekehkan perempuan atau menghina kaum perempuan, tetapi untuk membezakan pada kaum lelaki bahawa kaum perempuan itu tinggi martabatnya.  Jangan disentuh sebelum halal memilikinya. 



5 comments:

  1. kalau baca tajuk sahaja, boleh sentap.. ;)

    ReplyDelete
  2. sesungguhnya diri saya tidak pernah bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim...

    semoga dilindungiNYA...

    ReplyDelete
  3. betul sangat2.alhamdulillah...sy pun tak pernah disentuh mana2 lelaki bukan muhrim.haram..

    ReplyDelete