Saturday 13 August 2011

Gua ada 'power' boleh tengok syaitan

Hari ini gua nak cerita satu rahsia. Sebenarnya gua ada power boleh tengok syaitan. Haa! Kagum tak? Nak tahu macam mana rupa syaitan, apa syaitan buat? Teruskan membaca.

Gua rasa lu orang mesti pernah baca satu cerita yang agak famous dulu. Pasal seorang imam pergi kenduri kahwin di kampung sebelah. Waktu dia on his way, beliau jumpa anak-anak syaitan tengah menangis kat satu pokok sebab pokok yang dijadikan rumah syaitan itu kena sambar kilat. Lepas tu bila imam tersebut pergi kenduri, beliau nampak syaitan kencing dalam kuali orang-orang yang sedang memasak. Makan bersama dengan orang yang makan tak baca bismillah dan lain-lain lagi kerja syaitan sampai imam tersebut tak lalu nak makan.
Dulu waktu gua kecil-kecil, gua tak ambil port sangat. Sebab gua tak faham sangat pasal-pasal perkara ghaib ni. Percaya-percaya macam tu saja. Gua anggap cerita tersebut lebih kepada pesanan dan peringatan.
Tapi lepas gua dapat power boleh tengok syaitan ni, gua percaya cerita itu ada benarnya. Sebagai seorang jurugambar perkahwinan berjaya (Peewit!) gua banyaklah pergi kenduri-kenduri kahwin. Macam-macam jenis syaitan gua jumpa. Fuhh! Tarik nafas panjang betul gua. Cuma, syaitan ni bukan setakat di majlis kenduri, tapi majlis-majlis lain pun sama juga. Majlis makan malam misalnya.
Nak tahu bagaimana rupa syaitan ni? Rupanya sebiji macam kita. Ada rambut. Ada dua biji mata. Ada telinga dan lain-lain lagi. Lengkap ciri-ciri seorang manusia. Nak tahu kenapa?
Oke gua cerita sebiji-sebiji macam mana syaitan ini menjelma. Bila gua pandang ke dapur orang masak-masak, tengok syaitan kencing dalam periuk kuali. Sebab apa? Sebab tak baca bismillah. Tengah-tengah mengacau lauk-pauk tu mulut mereka terkumat-kamit mengumpat orang lain. Tidak langsung berzikir kepada Allah SWT. Di situ hilang sudah keberkatan dalam makanan. Bila tiada keberkatan, syaitan pun mainkan peranannya merosakkan makanan tersebut. Habis orang yang memakannya akan rosak jiwa. Jadilah penyakit hati sesama kita.
Kemudian gua pandang pula orang yang sedang makan. Makan pun tak baca bismillah. Sudah tentu syaitan berkongsi makanan dengannya. Sebab tu gelojoh semacam. Tambah banyak kali baru boleh kenyang. Kemudian minum pula dengan tangan kiri. Tahukah lu minum dengan menggunakan tangan kiri adalah satu perbuatan yang menyerupai syaitan. Ada pula yang makan dan minum sambil berdiri. Makan dan minum sambil berdiri juga adalah perbuatan yang menyerupai syaitan. Itulah dia syaitannya. Kita sendiri.
Setel part itu. Tengok pula pengantin. Habis muka ditampal mekap tebalnya beberapa inci. Baju pula nampak bentuk badan. Sanggul tinggi mengalahkan bonggol unta. Bulu mata kalah bulu mata kuda. Mulut merah macam naga. Apa itu? Tabarruj. Berlebihan hanya kerana mahu nampak cantik. Orang semua pandang. Tahu tak siapa yang bagi nampak cantik itu? Sesungguhnya kecantikan perempuan itu adalah kecantikan syaitan. Dinampakkan seseorang perempuan itu cantik supaya lelaki yang melihat jatuh hati dan terjebak ke kancah maksiat. Oh maaf! Bukan pengantin saja, orang yang datang kenduri pun sama. Makwe-makwe yang datang kenduri pun berhias bagai sampai kalah pengantin. Bukan cantik pun sebenarnya, tapi syaitan yang bagi nampak cantik.


Pergi pula part pengurusan perkahwinan kenduri. Awal-awal lagi sudah hilang keberkatan. Emas kahwin letak harga tinggi-tinggi. Der! Sebaik-baik perempuan adalah mahar yang rendah. Habis bab tu, hantaran pula bagai nak rak. Beribu-ribu. Kenduri sikit punya grand. Pelamin dan kek bertingkat-tingkat. Makanan pengantin sikit punya mewah. Gua mampu geleng kepala saja. Padahal semua tu sekejap saja. Sudahlah makan pun tak habis. Jadilah pembaziran. Bro! Membazir tu saudara siapa kalau bukan syaitan?
Erm. Kalau nak cerita bab syaitan dalam kenduri ni ada banyak lagi. Tak larat nak cerita. Lain kali kalau gua rajin gua ceritalah. Sekarang ni banyak dah orang tengah bersiap-siap nak kahwin memandangkan cuti dah nak mula. So, pesanan gua kalau buat majlis tu berpada-padalah. Rujuklah kepada sesiapa yang arif supaya dapat meminimakan peluang syaitan membuat kerosakan dalam majlis kita di samping mencari keberkatan dan keredhaan Allah SWT. Beb! Kita nak kahwin ni bukan sehari. Kita kahwin sampai mati. Kalau awal-awal dah hilang keberkatan, mulalah tengah-tengah mengharungi rumah tangga nanti ada pinggan mangkuk terbang segala.
Jadi dah nampak rupa syaitan macam mana? Diri kita sendiri yang menyerupai sifat-sifat syaitan. Cuma kita saja tak sedar. Macam mana nak sedar tu? Rajin-rajinkanlah baca hadith Nabi SAW. Bila banyak hadith difahami, dapatlah power boleh tengok benda ghaib ni. Para sahabat dulu Nabi SAW didik sampai langsung tak nampak perkara nyata atau perkara dunia. Yang mereka nampak hanya perkara ghaib. Mereka nampak syurga, neraka, pahala, dosa, syaitan dan sebagainya. Akhir sekali pesanan gua, anda bijak jauhi syaitan dan segala perangai-perangainya. He he he.

Sumber:

12 comments:

  1. byk betul pengajaran.. sama2 kita renungkan..

    ReplyDelete
  2. suka bangat baca entri ni..:)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Yob,
    salam ziarah. Tang makan tu jarang org ucap bismillah atau zikir. Akak kekadang berzikir tu nakkan berkat pd tugas dan menu yg dimasak tp kekadang menynanyi pulak...issyyyy!

    ReplyDelete
  4. setuju dengan entri ni..bagus memperingati sesama manusia..tak
    semestinya syaitan tu kita nmpak makhlk halus..dalam perilaku manusia juga kita boleh nmpak syaitan.

    ReplyDelete
  5. sangat suka entri nie....peringatan utk kita semua :)

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian saudara. Bagus entri ini dibaca oleh mak cik- makcik yang suka mengumpat umpat orang :)

    ReplyDelete
  7. salam...
    gua rse sonok lak bce..
    lu pnye cite..
    bile gua pkir2..
    btol gak pe yg lu cite nih...
    tp lu mmg dasyatla bole tgk setan nih...
    jrg2 org bole tgk setan....

    ReplyDelete
  8. tq kongsi info ni...moga@ kita x jd spr mrka

    ReplyDelete
  9. btul ke tuan blog ni boleh tgok syaitan...tiap2 masa ke boleh nampak syaitan

    ReplyDelete
  10. Hmm.. sdr Farhan baca entry ni dari mula hingga habis. Baca dan fahamkan.. Insyaallah, sdr pun akan boleh nampak juga syaitan-syaitan.

    ReplyDelete