Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Tuesday, 2 August 2011

Kalau Dahi tak Mencecah Sejadah

Kalau Dahi tak Mencecah Sejadah Didunia
Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!

Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa.
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujud kita yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar Solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan!
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya
setitis air mani yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna
Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

' Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan'

Wednesday, 27 July 2011

12 Barisan Manusia Menuju Ke AKhirat.

barisan pertama: di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki.
keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah swt :"mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka.mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka"

barisan ke-2: di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan
datang seruan Allah "mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya,mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati,mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk." rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2bahunya,maka setiap kali dia rukuk atau sujud,berjatuhanlah dosa2 itu

barisan ke-3: di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka

barisan ke-4: diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli.berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

barisan ke-5: diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai
ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar "mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka,takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah.inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka

barisan ke-6 : diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan
mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

barisan ke-7: diiringi dair kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka
mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran

barisan ke-8:diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas
mereka adalah orang yg melakukan zina.tempat mereka juga adalah di neraka. sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka"

barisan ke-9:diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru,sementara dlm diri mereka penuh dengan api
gemuruh
mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya

barisan ke-10: diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta
mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

barisan ke-11: diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan
mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

barisan ke-12: diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama
mereka melalui titian siratulmustakim seperti kilat.datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu, & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga,beroleh keampunan,kasih sayang & keredhaan Allah swt."