Catatan: Azanizam Aza
Islam itu ada lahir, ada batin. ada jasad, ada
roh. Ada rangka, ada nyawa. Islam itu ada kulit dan ada isi. Batin Islam atau
roh Islam atau nyawa Islam atau intipati Islam itulah yang dikatakan ROHUL
AMAL.. Iaitu roh dalam kita bekerja, roh dalam kita bertindak atau roh dalam
kita melaksanakan sesuatu, sama ada dalam bidang ibadah dan sebagainya..