Oleh: lonewolf
Ketika mengurusi politik luar negara, Rasulullah SAW telah
mengirimkan surat-surat diplomatik, melalui utusan diplomatik baginda yang mana
kandungannya mengajak pemimpin dan rakyat negara lainnya untuk memeluk agama
Islam.
Sebagai ketua Negara, Rasulullah SAW adalah Amirul Jihad
(ketua/pemimpin perang) dalam pelbagai pertempuran dan mengangkat beberapa
orang sahabat baginda sebagai Komandan di dalam beberapa peperangan.
Baginda mengutus Hamzah bin Abdul Muthalib dan sahabat lainnya
dalam pasukan perang menyerang Quraisy, mengutus antara lain Zaid bin Haritsah
menyerang Rom, Khalid bin Walid menyerang Dumatul Jandal dan banyak lagi.