Showing posts with label Oki Sentiana Dewi. Show all posts
Showing posts with label Oki Sentiana Dewi. Show all posts

Friday, 9 March 2012

Jangan takut untuk berubah – Oki Sentiana

Hampir 3,000 masyarakat Kelantan termasuk pelancong menghadiri program ‘Bicara Selebriti’ anjuran kerajaan negeri di Kelantan Trade Centre.

 Kehadiran mereka bukan sahaja untuk mendengar kupasan dari ahli panel berhubung ‘hidayah’ di kalangan artis, bagaimanapun untuk melihat ‘Ustazah Ana’ watak Oki Sentiana Dewi dalam filem Ketika Cinta Bertasbih.

Tiga anggota panel telah diundang pada program kali ke-4 itu iaitu peserta Akademi Al-Quran pertama, Sharifah Khasif Fadzilah, Selebriti Dakwah, Hafiz Firdaus Abdullah dan Oki Sentiana Dewi.

Kehadiran peminat Oki khususnya di kalangan wanita membuatkan keadaan agak kurang terkawal dipenghujung majlis apabila mereka ingin melihat Oki lebih dekat.