Tuesday 10 April 2012

Berpakaian tapi bertelanjang

Ada ke macam tu.

Ramai yg mempertikaikan perkara ini apabila dinasihati atau ditegur. Ada yang berkata bahawa Iman bukan terletak pada pakaian, tetapi pada hati. 

Jangan lupa majoriti pembeli buah-buahan pun melihat pada kulitnya. 

Segala hukum agama berpandukan kepada Al Quran dan hadith. Mempercayai Al Quran merupakan salah satu dari Rukun Iman. Menolak atau mempertikaikan walau satu ayat al Quran sudah membatalkan iman @ syahadah. 

Begitu juga dengan Hadith. Sumbernya adalah dari Rasulullah. Mempercayai Rasul juga merupakan salah satu dari Rukun Iman.

Al Quran dan Hadith (Percaya kepada Rasul) bersumber dari  Yang Maha Esa iaitu Allah. Jangan lupa, ia merupakan Rukun Iman yang Pertama.

Zaman ini ramai manusia membuat sesuatu perkara mengikut nafsu akal fikiran tanpa berdasarkan hukum agama.


Ingatlah, sebelum berkata, apakah ianya menentang Al Quran dan hadith. Bagaimana kita mengaku sebagai orang beriman? 

13 comments:

  1. ade ... slh satu nye apabile pempuan2 yg berpakain ketat ...

    maaf jgn ade yg terase ehh.. nie fakta

    ReplyDelete
  2. diorg menjadi mangsa fesyen terkini tanpa sedar...

    ReplyDelete
  3. setuju dengan caliph.. perempuan zaman nie terikut dengan fesyen.. jadinya bagi mereka walaupun bertudung masih boleh berfesyen.. tapi mereka tak sedar fesyen tu mendedahkan aurat.

    ReplyDelete
  4. apabila ditegur dikatakan hak kubur masing-masing..inilah jadinya. bila menegur ditemplak konon ostard. org yang memandang rasa menyampah, diri rasa megah. padahal sedar tak sedar mereka mendahulukan fesyen dan membelakangkan agama..
    nasihat untuk diri sendiri dan semua org. sekian dari ana. :)

    ReplyDelete
  5. nk berfesyen pn tgk la dulu gayanya cmane...malu jgk tgk yg pakai tudung tp mcm x pkai baju...

    ReplyDelete
  6. Moga diambil pengajaran oleh semua muslimah...

    ReplyDelete
  7. SEMOGA SEMUA AMBIL IKTIBAR, ESPECIALLY PEREMPUAN.

    ReplyDelete
  8. Betul! Kdg2 tu rasa sedih bila tgk prempuan brpakaian tapi brtelanjang.

    ReplyDelete
  9. Salam..

    Lana nak berkata panjang ttg isu ini pun, lana sendiri banyak khilafnya..

    Cuma sekadar berkongsi sdkt pndgn, kita boleh nampak dengan jelas masa kini, ramai yang memakai tudung..tapi kerana trend,fesyen semasa bukan tuntutan agama.. tapi, sekurg2nya mereka berusaha menutup rambut mereka, walaupun hakikatnya, aurat masih jelas dan nyata. Saya bukan memihak pada mereka, cuma, sesetangah orang memang memerlukan masa untuk berubah kearah lebih baik..doakan saja mereka supaya dipenghujung usia mereka menemui lebih bnyk kebaikan..

    Yang merisaukan saya, jenis yang kejap bukak, kejap tutup. Rasanya ramai juga golongan yang ini, pergi kerja/kelas bertudung. Pergi dating/keluar bersama keluarga,terdedah pula..macamana pula.

    ReplyDelete
  10. Sesungguhnya, hukum Allah wajib dipatuhi samada kita suka atau tidak. Terima kasih atas perkongsian.. Peringatan buat ibu & anak2 juga..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum wbt.

    Niat menutup aurat itu sudah ada namun caranya tidak tepat. Kita tegurlah yang mana patut dan khabarkan apa yang wajar. Semoga mereka & kita sentiasa dirahmati serta mendapat hidayah dari-Nya.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  12. Astaghfir a http://www.galihputrantyo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. kunjungan gan.,.
      bagi" motivasi.,.
      fikiran yang positif bisa menghasilkan keuntungan yang positif pula.,..
      di tunggu kunjungan balik.na gan.,.,

      Delete