Saturday 7 January 2012

Zikir, Rawatan Islam, dan Sunnah Baginda

Catatan: Nur Syahida Abdul Majid


 Interview dalam IKIM.fm sebentar tadi sangat, sangat superb! Disampaikan oleh Syeikh Dr Mahmoud dari Mesir melalui penterjemahnya. Alhamdulillah, tanpa sengaja terbuka blog orang, dan kebetulan blog itu auto play radio. Berkisar tentang rawatan Islam (sihir, ruqyah dan sebagainya)
1. Syeikh tertanya-tanya mengapa di zaman ini amalan-amalan yang baik, yang sering dilakukan oleh Rasulullah sudah dilupakan tak tidak diturunkan generasi ke generasi. Amalan-amalan berkaitan dgn sakit dan gangguan, masyarakat hari ini lebih suka berjumpa dengan bomoh, minta bantuan dari Jin
Antara amalan lazim yang diajar oleh Rasulullah adalah:

a) Sekiranya sakit kepala atau migrain, sebelum tidur atau sewaktu bangun tidur, baca 3 ayat terakhir surah Al Hasy (iaitu ayat Lau Anzalna Hadzal Quran), sambil tangan kanan memegang kepala. Allah berjanji tidak akan didatangkan sebarang mudarat yang berkaitan dengan kepala
b) Wanita-wanita yang mempunyai masalah kewanitaan (hormon, darah dan sebagainya), zaman dahulu amalan ini sangat popular, iaitu menghadap (berada dibawah) sinaran bulan. Bulan sangat rapat dengan manusia, hidupan. Laut tahu akan perkara ini. Bulan dapat mempengaruhi darah. Duduklah selama 15 minit atau lebih, insha Allah wanita akan sihat.
c) Untuk orang yang ingin bangun tahajud tetapi sangat payah untuk terjaga, sebelum tidur bacalah Surah Al Qadr. Pada akhir ayatnya ulang 7 kali, sambil berniat pukul berapa mahu bangun.
d) Bagi orang yang disihir, Syeikh mengatakan barang siapa yang membaca Hizb Bahr (agaknya, telinga tak dengar sangat. Mungkin zikir yang dibekalkan oleh Syeikh) dua kali dalam sehari, nescaya dia tidak akan terkena sihir. Siapa yang terkena juga, dengan izin Allah, akan terlepas dari sihir itu.
e) Amalan ini biasa dibuat di Madinah. Bila anak-anak kecil selalu menangis, berbintik-bintik, kurus badannya, maka kita akan tukar nama panggilannya.
2. Berkenaan dengan soalan mengapa kita berzikir, tapi zikir itu tak meresap ke hati, hingga kadang kala berzikir tapi akhirnya mengantuk
a) Syeikh menasihatkan untuk mencari guru yang mursyid, guru yang berhubung terus dengan Allah. Sekiranya guru itu sampai pada Allah, maka insha Allah kita akan sampai padaNya. Syeikh mengumpamakan barang elektrik, yang wajib disambung pada bekalan elektrik untuk berfungsi. Kata Syeikh lagi, 'Jika tidak kerana murabbi, tidak akan aku kenal rabbi'.
Kenapa boleh mengantuk sambil berzikir? Jawapnya zikir itu masih belum sampai ke dalam hati. Sedangkan mengingati Allah menenangkan qulub (hati). Menerangkan hati. Zikr yang membuka hati, melalui lagunya yang indah, ayatnya yang memikat. Dan zikr yang memberi cahaya pada hati adalah maknanya yang sampai kepada AllahKata Syeikh lagi, boleh jadi, zikir yang diamalkan itu tidak patut diamalkan. Contohnya zikir yang dibekalkan oleh syeikh, harus meminta izin dari syeikh untuk mengamalkannya. Adapun zikir-zikir yang umum, seperti di dalam Al Quran adalah tidak mengapa.
Syeikh mengandaikan seperti kita dalam keadaan mengantuk, sudah tidak tidur seharian, kemudian kita bertemu dengan sahabat yang sangat kita cinta, yang sudah lama tidak berjumpa, pasti mengantuk akan hilang, dan kita akan bersembang dengan sahabat itu hingga puas. Begitu juga halnya sekiranya hati kita sudah rapat dengan zikir.
Berkenaan dengan nafsu. Kerana itulah selepas Baginda pulang dari Tabuk, Baginda bersabda 'Kita telah pulang dari jihad kecil, sekarang kita kembali kepada jihad yang besar. Ketahuilah itu adalah nafsu'Sebagaimana ular boleh dilemahkan dengan dingin, nafsu juga boleh dilemahkan dengan zikir.
Pesan terakhir Syeikh ialah, jangan sesekali kita membenarkan orang memutuskan kita dari Rasulullah. Dari ajarannya, dari sunnahnya, dari apa sahaja maklumat tentang Baginda. Tanpa Baginda kita umpama jasad tanpa kepala.
Akhir rancangan Syeikh menutup dengan satu doa yang sangat indah. Lebih kurang begini doanya
"Wahai Allah syafaatkan kami dengan syafaat Nabi Muhammad SAW. Masukkan kami ke dalam syurga tanpa perlu dihisab, tanpa perlu dikomen-komen, tanpa dibuka aib kami, tanpa perlu diazab. Dan kami mohon sangat ya Allah, kau tunjukkan (temukan) kami dengan wajah Mu, penghulu segala kehidupan, penghidup segala kehidupan, Baginda Nabi, dan seluruh keluarganya, sahabat-sahabatnya"
Kalau dapat dengar memang lebih zouk. Apa yg saya sampaikan jauh beza dengan kalimah syeikh, kerana ia keluar dari lidah yang terang bercahaya. Moga ini ada manfaatnya.


No comments:

Post a Comment