Daripada Ibnu Mas'ud r.a., bahawasanya dia
berkata: "Ketika ajal Rasulullah saw sudah dekat, baginda mengumpul
kami di rumah Siti Aishah r.a.
Kemudian baginda memandang kami sambil
berlinangan air matanya, lalu bersabda: Marhaban bikum, semoga Allah
memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan
petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah.
Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu
berlaku sombong terhadap Allah."
"Allah berfirman: Kebahagiaan dan kenikmatan
di akhirat kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan
dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi
orang-orang yang bertakwa."
Kemudian kami bertanya: "Bilakah ajal
baginda ya Rasulullah?"
Baginda menjawab: "Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila."
Kami bertanya lagi: "Siapakah yang
akan memandikan baginda ya Rasulullah?"
Rasulullah menjawab: "Salah seorang
ahli bait."
Kami bertanya: "Bagaimana nanti kami
mengafani baginda ya Rasulullah?"
Baginda menjawab: "Dengan bajuku ini
atau pakaian Yamaniyah."
Kami bertanya: "Siapakah yang
mensolatkan baginda di antara kami?" Kami menangis dan Rasulullah
saw pun turut menangis.
Kemudian baginda bersabda:
"Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah
memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam
rumahku ini, di tepi liang kuburku. Kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku.
Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail,
kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala
tenteranya.
Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan
hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian
yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua."
SEMAKIN TENAT
Semenjak hari itu, Rasulullah saw bertambah
sakitnya yang ditanggungnya selama 18 hari. Setiap hari, ramai yang mengunjungi
baginda, sampailah datangnya hari Isnin, disaat baginda menghembuskan nafasnya
yang terakhir. Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad,
penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin
Rabah selesai mengumandangkan azannya, dia berdiri di depan pintu rumah
Rasulullah, kemudian memberi salam: "Assalamualaikum ya Rasulullah?"
Kemudian dia berkata lagi: "Assolah
yarhamukallah."
Fatimah menjawab: "Rasulullah dalam
keadaan sakit."
Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid. Ketika
bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat
Rasulullah, lalu dia berkata seperti perkataan yang tadi.
Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh dia
masuk. Setelah Bilal bin Rabah masuk,
Rasulullah saw bersabda: "Saya
sekarang berada dalam keadaan sakit. Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar
Abu Bakar menjadi imam dalam solat."
Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di
atas kepalanya sambil berkata: "Aduhai, alangkah baiknya bila aku
tidak dilahirkan ibuku?" Kemudian dia memasuki masjid dan
memberitahu Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut.
Ketika Abu Bakar r.a. melihat ke tempat Rasulullah SAW yang kosong, sebagai
seorang lelaki yang lemah lembut, dia tidak dapat menahan perasaannya lagi,
lalu dia menjerit dan akhirnya dia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam
masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah saw.
Baginda bertanya: "Wahai Fatimah,
suara apakah yang bising itu?"
Siti Fatimah menjawab: "Orang-orang
menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah saw tidak ada bersama
mereka."
Kemudian Rasulullah saw memanggil Ali bin Abi
Talib dan Abbas r.a. Sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan
menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat.
Setelah itu baginda melihat kepada orang ramai
dan bersabda: "Ya ma aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam
pemeliharaan dan perlindungan Allah. Sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas
kamu semua, setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa
kepada Allah SWT kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini
adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada
di alam dunia ini."
MALAIKAT MAUT DATANG BERTAMU
Pada hari esoknya iaitu pada hari Isnin, Allah
mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya dia turun menemui Rasulullah saw dengan
berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh Malaikat Maut mencabut
nyawa Rasulullah saw dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya
masuk, maka dia dibolehkan masuk. Tetapi jika Rasulullah saw tidak
mengizinkannya, dia tidak boleh masuk dan hendaklah dia kembali sahaja.
Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan
perintah Allah SWT. Dia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan
pintu tempat kediaman Rasulullah saw,
Malaikat Maut itupun berkata:
"Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan
risalah!"
Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada
tamunya itu: "Wahai Abdullah (hamba Allah), Rasulullah sekarang
dalam keadaan sakit."
Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi:
"Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?"
Akhirnya Rasulullah saw mendengar suara Malaikat
Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: "Siapakah
yang ada di muka pintu itu?"
Fatimah menjawab: "Seorang lelaki
memanggil baginda. Saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit.
Kemudian dia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma."
Rasulullah saw bersabda: "Tahukah
kamu siapakah dia?"
Fatimah menjawab: "Tidak wahai
baginda."
Lalu Rasulullah saw menjelaskan:
"Wahai Fatimah, dia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah
jemaah dan yang meramaikan kubur.
Kemudian Rasulullah saw bersabda:
"Masuklah, wahai Malaikat Maut."
Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil
mengucapkan: "Assalamualaika ya Rasulullah."
Rasulullah saw pun menjawab:
"Waalaikassalam ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk
mencabut nyawaku?"
Malaikat Maut menjawab: "Saya datang
untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan.
Jika tidak, saya akan pulang."
Rasulullah saw bertanya: "Wahai
Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril?"
Jawab Malaikat Maut: "Saya tinggal
dia di langit dunia."
Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara,
tiba-tiba Jibril a.s. datang lalu duduk di samping Rasulullah saw.
Maka bersabdalah Rasulullah saw:
"Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat?"
Jibril menjawab: "Ya, wahai kekasih
Allah."
KETIKA SAKARATUL MAUT:
Seterusnya Rasulullah saw bersabda:
"Beritahu kepadaku wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah
untukku di sisinya?"
Jibril pun menjawab: "Bahawasanya
pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris
untuk menyambut rohmu."
Baginda saw bersabda: "Segala puji
dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah
untukku?"
Jibril menjawab lagi: "Bahawasanya
pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias,
sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti
kedatangan rohmu."
Baginda saw bersabda lagi: "Segala
puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang
disediakan Allah untukku?"
Jibril menjawab: "Aku memberikan
berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi
syafaat pada hari kiamat nanti."
Kemudian Rasulullah saw bersabda:
"Segala puji dan syukur aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu
kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku."
Jibril a.s. bertanya: "Wahai kekasih
Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?"
Rasulullah saw menjawab: "Tentang
kegelisahanku. Apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca
Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada
bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang
berziarah ke Baitul Haram sesudahku?"
Jibril menjawab: "Saya membawa khabar
gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah
mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu
memasukinya terlebih dahulu."
Maka berkatalah Rasulullah saw:
"Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah
kepadaku."
Lalu Malaikat Maut pun mendekati Rasulullah saw.
Ali r.a. bertanya: "Wahai Rasulullah
saw, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan
mengafaninya?"
Rasulullah menjawab: "Adapun yang
memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya
dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga."
Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa
Rasulullah saw. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata:
"Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut."
Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril a.s.
memalingkan mukanya.
Lalu Rasulullah saw bertanya: "Wahai
Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?"
Jibril menjawab: "Wahai kekasih
Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang
merasakan sakitnya maut?"
Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad
Rasulullah saw.
KESEDIHAN SAHABAT
Berkata Anas r.a.: "Ketika aku lalu
di depan pintu rumah Aisyah r.a., aku terdengar dia sedang menangis sambil
mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera, wahai
orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari
gandum, wahai orang-orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana, wahai
orang-orang yang jarang tidur diwaktu malam kerana takut Neraka Sa'ir."
Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin
Saad, bahawasanya Muaz bin Jabal r.a. telah berkata: "Rasulullah
saw telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana.
Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi
dikunjungi oleh seseorang. Kemudian orang itu berkata kepadaku: Apakah
anda masih lena tidur juga wahai Muaz, padahal Rasulullah saw telah berada di
dalam tanah?"
Muaz terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu
dia mengucapkan: "A'uzubillahi minasy syaitannir rajim."
Lalu setelah itu dia mengerjakan solat. Pada malam seterusnya,
dia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama.
Muaz berkata: "Kalau seperti ini,
bukanlah dari syaitan." Kemudian dia memekik sekuat-kuatnya,
sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman. Pada keesokan harinya,
orang ramai berkumpul lalu Muaz berkata kepada mereka: "Malam tadi dan
malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila
Rasulullah saw bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran).
Maka berikanlah Mushaf kepadaku." Setelah Muaz menerima Mushaf,
lalu dibukanya. Maka nampaklah firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula."
(Surah Az-Zumar: ayat 30)
Maka menjeritlah Muaz, sehingga dia tidak
sedarkan diri. Setelah dia sedar kembali, dia membuka Mushaf lagi dan dia
nampak firman Allah yang berbunyi: "Muhammad itu tidak lain
hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul.
Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu akan berbalik ke belakang (murtad)?
Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka dia tidak dapat mendatangkan
mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?" (Surah Al-lmran: ayat
144) Maka Muaz pun menjerit lagi: "Aduhai Abal-Qassim.
Aduhai Muhammad."
Kemudian dia keluar meninggalkan Negeri Yaman
menuju ke Madinah. Ketika dia akan meninggalkan penduduk Yaman, dia berkata:
"Seandainya apa yang ku lihat ini benar, maka akan meranalah para
janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti
biri-biri yang tidak ada pengembala."
Kemudian dia berkata: "Aduhai,
sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad saw." Lalu dia pun pergi
meninggalkan mereka. Di saat dia berada pada jarak lebih kurang tiga hari
perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari
tengah-tengah lembah yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud:
"Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati."
Lalu Muaz mendekati sumber suara itu. Setelah berjumpa,
Muaz bertanya kepada orang tersebut: "Bagaimana khabar Rasulullah
saw?" Orang tersebut menjawab: "Wahai Muaz,
sesungguhnya Muhammad saw telah meninggal dunia." Mendengar ucapan
itu, Muaz terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya. Dia
memanggil Muaz: "Wahai Muaz, sedarlah dan bangunlah."
Setelah Muaz sedar kembali, orang tersebut lalu
menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar As-siddiq,
dengan cop dari Rasulullah saw. Tatkala Muaz melihatnya, dia lalu mencium cop
tersebut dan diletakkan di matanya. Kemudian dia menangis dengan tersedu-sedu.
Setelah puas dia menangis, dia pun melanjutkan perjalanannya menuju Kota
Madinah. Muaz sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal
sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: "Asyhadu
Allaa Ilaaha Illallah?" Muaz menyambungnya: "Wa Asyhadu
Anna Muhammadur Rasulullah." Kemudian dia menangis dan akhirnya dia
jatuh dan tak sedarkan diri lagi.
Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada
Salman Al-Farisy r.a. lalu dia berkata kepada Bilal: "Wahai Bilal,
sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya. Dia adalah Muaz yang
sedang pengsan." Setelah Bilal selesai azan, dia mendekati Muaz,
lalu dia berkata: "Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Muaz,
aku telah mendengar dari Rasulullah saw, baginda bersabda: Sampaikanlah salamku
kepada Muaz." Maka Muaz pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit
dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa dia telah
menghembuskan nafas yang terakhir. Kemudian dia berkata: "Demi ayah
dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan
meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah
isteri baginda Siti Aisyah r.a." S
Setelah sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah,
Muaz mengucapkan: "Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi
wa barakatuh." Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, dia berkata:
"Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah." Kemudian Muaz
menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: "Assalamualaikum ya
ahlil bait."
Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian
dia berkata: "Rasulullah saw bersabda: Orang yang paling alim di
antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Muaz bin Jabal. Dia adalah
kekasih Rasulullah saw." Kemudian Fatimah berkata lagi:
"Masuklah wahai Muaz." Ketika Muaz melihat Siti Fatimah dan
Aisyah r.a., dia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Setelah dia sedar, Fatimah
lalu berkata kepadanya: "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda:
Sampaikanlah salam saya kepada Muaz dan khabarkan kepadanya bahawasanya dia
kelak dihari kiamat sebagai imam ulama." Kemudian Muaz bin Jabal
keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah saw.
(Dipetik dari buku 1001 Duka - Himpunan
Kisah-kisah Menyayat Hati
Tuan,
ReplyDeleteRasulullah sering teringatkan kita, tetapi ramai dari kalangan kita jarang-jarang mengingati Baginda. Info yang amat berguna..
Walau dah banyak kali baca tetap sayu..Betapa sayangnya rasulullah kepada kita..
ReplyDeletesubhanallah, alhamdulillah , Allahhuakbar
ReplyDeletela-ilaha-illaullah muhammadurrasulullah
tebalkan hati kita mencintai allah dan rasul...
ReplyDeleteaku amat merindui mu wahai Kekasih Allah :( ku rindukan syafaat Mu :(
ReplyDeleteCinta kepada Allah S.W.T dan Rasulullah tiade tolok banding nye..
ReplyDeletebaginda contoh tauladan terbaik :)
ReplyDeleteTerima kasih atas cerita ini. Mengingatkan saya agar mengelakkan kemungkaran, memperbanyakkan amalan. Insyaallah..
ReplyDeleteBertakung air mata saya..
ReplyDelete