Sunday 8 February 2015

TEKNIK-TEKNIK PERUBATAN DALAM AKUPUNTUR

1. TEKNIK PEMBAKARAN
Rawatan secara pembakaran memerlukan penggunaan sejenis herba cina. Herba yang yang dimaksudkan ialah Rumput Ai. Rumput ini banyak terdapat di kedai ubat-ubatan cina. Rumput Ai digulung supaya terbentuk seperti sebatang rokok yang halus. Rumput itukemudian dibakar dan diletakkan di atas titik-titik yang sakit. Tenaga yang mengalir daripada rumput yang terbakar itu dapat merawat rasa sakit pada titik-titik akupuntur. Bagi mengelakkan kulit tubuh daripada terbakar, beberapa helai rumput Ai tadi boleh diletakkan di atas sepotong halia atau bawang putih yang nipis, kemudian ia dibakar dan diletakkan di atas titik akupuntur yang sakit . Langkah ini hendaklah dilakukan sebanyak3 hingga 5 kali untuk orang dewasa dan 1 hingga 3 kali bagi kanak-kanak. Kurangkan pembakaran apabila tubuh terasa semakin letih. Rawatan ini hendaklah dilakukan selama tiga minggu berturut-turut dan kemudian berehat selama seminggu. Waktu yang paling sesuai bagi melakukan pembakaran adalah satu jam sebelum serta selepas makan dan minum. Pengambilan minuman keras adalah di larang semasa tempoh rawatan dijalankan. 

2. TEKNIKMEMICIT
2(a). MENGUSAP
Picit dengan menggunakan keseluruhan tapak tangan. Tekanan semasa memicit mesti stabil. Cara ini dapat memicit beberapa titik akupuntur pada waktu yang sama.
2(b). MENEKAN
Tekan dengan satu jari atau lebih ke atas titik akupuntur dengan membiri tekanan sebanyak 3 hingga 5 kg selama 3 hingga 5 saat.
2(c). MENGGETAR
Menggetar sambil memicit dengan menggunakan tapak tangan atau jari.

RAWATAN BEBERAPA JENIS PENYAKIT SECARA AKUPUNTUR DENGAN KAEDAH MEMICIT
1. SAKIT KEPALA
Sakit kepala berpunca daripada keletihan, tekanan, tegangan, perubahan cuaca dan sebagainya. Sakit kepalayang berpunca daripada keletihan mudah disembuhkan dengan kaedah pemicitan titik akupuntur.
TITIK AMPUH
Pai Hui: Terletak di tengah tempurung kepala.Titik bagi menyembuhkan rasa beratkepala dan pening-pening.
Mi Ze: Bahagian yang terasa sakit apabila menggigit. Untuk melegakan rasa sakit kepala.
Tien Cu : Terletak di bahagian belakang leher,di sebelah kanan dan kiri otot besar. Untuk menyembuhkan kesakitan di bahagian belakang kepala.
Kun Lun :Terletak di bahagian buku lali. Untuk melegakan sakit kepala.
Ci Ce: Terletak di bahagian siku. Untuk menyembuhkan sakit kepala.
KAEDAH MEMICIT
     Picitkan seluruh kepala dengan hujung jari. Kemudian tundukkan kepala dan buat satu pusingan perlahan-lahan.Tekan titik Tien Cu dengan kuat sambil kepala dicondongkan kearah yang berlawanan. Tegangkan kedua-dua belah kiri dan kanan leher. Bahu digerakkan ke atas dan bawah. Tarik nafas perlahan-lahandan lepas.
·   Tekan hujung jari pada titik Pai Hui dengan kuat. Ulangi langkah ini beberapa kali.Kemudian tekan ibu jari pada titik Tien Cu dan tarik perlahan-lahan ke titik Pai Hui. Langkah ini juga diulangi sehingga rasa sakit berkurangan.
·    Tiupkan udara sejuk dan panas dengan menggunakan pengering rambut pada titik Mi Ze dan Tien Cu selama tiga minit secara berselang-seli. Udara panas akan mempercepatkan peredaran darah manakala udara sejuk akan melambatkan peredaran darah. Oleh itu rasa sakit kepala dapat dikurangkan apabila berlaku perubahan suhu dalam darah tadi.

2.KEKEJANGAN `
Kekejangan sering di alami oleh golongan yang berumur 40 hingga 50 tahun. Simptom-simptom bagi penyakit ini adalah rasa sakit dan lenguh serta susah untuk menggerakkan anggota badan.
TITIK AMPUH
Cien Liao: Terletak di antara lengan dan bahu. Untuk mengubati lengan yang susah digerakkan.
Tien Cung :Terletak di tengah-tengah tulang skapula.
Sen Su: Terletak di bahagian tulang pinggang dan belakang buah pinggang.
Cung Fu: Terletak di bahagian tengah bawah tulang selangka.
Pi Nao:Terletak di bahagian lengan iaitu tujuh jari dari lipatan siku. Titik ini merupakan titik paling baik untuk menyembuhkan sakit lengan.
KAEDAH MEMICIT
·  Lapkan bahu pesakit dengan air suam untuk mengalirkan haba . Kemudian picit titik-titik akupuntur di sekitar bahu. Picit titik-titik Sen Su, Tien cung dan Cien Laoi jika lengan tidak boleh digerakkan ke belakang. Sebaliknya jika lengan tidak dapat digerakan ke depan dan sisi picit titik-titik Cien Lao dan Pi Nao.Seterusnya, picit Cung Fu jika lengan pesakit tidak boleh diangkat ke atas.
·    Picit dan urut perlahan-lahan sehingga rasa sakit berkurangan.

3.TEKANAN DARAH TI NGGI
Tekanan darah tinggi sering menyerang golongan yang berumur lingkungan 40 tahun. Simptom-simptom bagi penyakit darah tinggi adalah seperti sakit kepala, pening, sembelit, sukar untuk tidur, mudah letih dan sebagainya.
TITIK AMPUH
Pai Hui: Terletak di bahagian tengah tempurung kepala. Untuk menghilangkan sakitkepala.
Can Cung: Terletak di antara buah dada.
Si Men: Terletak lebih kurang lima jari di atas pergelangan tangan sebelah dalam. Untuk mengubati sesak nafas dan mengurangkan rasa gementar.
Cie Yin Su:Terletak lebih kurang dua jari di sisi tulang punggung ke empat. Untuk melancarkan peredaran darah.
SenSu: Terletak dua jari dari tulang punggung dan belakang buah pinggang. Untuk menambahkan tenaga kepada tubuh badan.
Cung Wan: Terletak empat jari ke atas pusat.
Ta Ci: Terletak tiga jari ke bawah pusat dan ke sisi kiri dan kanan. Untuk melancarkan pencernaan.
San Yin Ciao : Terletak empat jaridi atas buku lali sebelah dalam. Untuk menghilangkan rasa sejuk kaki dan meningkatka fungsi organ dalaman.
KAEDAH MEMICIT
·   Titik-titik akupuntur di atas di picit perlahan-lahan. Langkah tersebut diulangiperlahan-lahan hingga rasa sakit berkurangan .Pukul kedua-dua tapak kaki kiri dan kanan dengan tangan secara perlahan-lahan sebanyak 100 kali untuk menurunkan tekanan darah pesakit darah tinggi.
·    Untuk melancarkan peredaran darah, angkat kedua-dua belah tangan dan goyangkan. Cara yang sama dilakukan pada kaki kanan dan kiri satu persatu. Picit bahagian kepala dengan hujung jari terutamanya pada titik Pai Hui. Duduk dengan tenang, gunakan empat jari dan picit bahagian tengah perutsambil menarik nafas dengan perlahan. Ulangi langkah ini sebanyak 3 hingga 5 kali. Selepas itu lakukan picitan pada titik Cung Wan.


KESIMPULAN
Akupuntur merupakan salah satu kaedah perubatan cina paling tua di negara kita. Melalui kaedah ini pelbagai penyakit dapat di ubati. Kaedah urutan yang dijelaskan di dalam tugasan ini adalah secara ringkas supaya pesakit dapat melakukan rawatan akupuntur secara urut refleksi sendiri di rumah. Walaubagaimanapun, bagi pesakit yang menghidapi penyakit yang serius dinasihati supaya berjumpa dengan ahli terapi akupuntur untuk menerima rawatan yang lebih profesional. Setelah beribu tahun melakukan rawatan ini, ahli terapi akupuntur juga telah menemui pelbagai kaedahdan penemuan baru. Salah satu adalah kaedah menggunakan jarum gunakan pada masa kini. Jarum dicucukkan pada titik-titik akupuntur bagi melakukan kaedah ini.

7 comments:

  1. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK

    ReplyDelete
  2. situs dominoqq terbaik yang kami rekomendasikan khusus untuk anda hanya di http://180.215.13.115

    ReplyDelete
  3. Less than or equal to is one of the methods to illustrate disparities or inequalities in an expression. We don’t get a fixed value for any variable, entity, or expression when we use less than or equal to symbol. It instead specifies the range of values that are less than or equal to a specified item. A number line can also be used to represent these inequalities. Numbers that are less than or greater than are represented by open circles. Closed circles represent numbers less than or equal to and greater than or equal to (≤ or ≥).

    ReplyDelete
  4. All you need is star copy and paste symbol you like from our website. Star emojis from Unicode can signify entirely different objects and events. Moon And Star Symbol. 10. Star Outline Emoji. 11. Star In Circle. 12. Snapchat Verified Star Copy And Paste. 13. Star Bullet Point. 14. Zodiac Signs Icons.

    ReplyDelete
  5. Univision/activate is a leading Spanish-language television network that offers a diverse range of content, including telenovelas, news, sports, entertainment, and more. With its captivating programming, it has gained a massive audience across the United States and beyond. Activating Univision on your device comes with several advantages. You get access to a plethora of high-quality Spanish-language content that caters to different interests. Whether you're a fan of drama, comedy, or sports, Univision has something for everyone. Additionally, activating Univision ensures that you can watch your favorite shows on-demand, giving you the flexibility to enjoy them at your convenience.

    ReplyDelete