Thursday 5 February 2015

Akupuntur: Kaedah Alternatif Perubatan

Kaedah perubatan cina secara akupuntur atau urut refleksi mula dipraktikkan di China sejak 5000 tahun lalu. Pada masa dahulu ketulan-ketulan batu digunakan dan bukannya jarum seperti yang digunakan sekarang. Alternatif lain bagi rawatan akupuntur selain daripada menggunakan kaedah jarum adalah dengan kaedah memicit dan kaedah perubatan secara pembakaran. 
Kaedah memicit dapat memudahkan pesakit melakukan rawatan sendiri dengan cara memicit di bahagian-bahagian tertentu pada anggota badan menggunakan hujung jari. Untuk itu pesakit perlu mengetahui titik-titik akupuntur yang terdapat pada tubuh badan mereka. Terdapat meridian serta formula tertentu dalam badan seseorang. Titik meridian bagi kaum lelaki dan kaum perempuan adalah berlainan. Kaum lelaki mempunyai kuasa ying iaitu positif, manakala kaum perempuan mempunyai kuasa yang iaitu negatif. Oleh itu tempat dan hari untuk mencucuk jarum adalah berbeza.
Pesakit dirawat mengikut pengiraan hari dan jantina. Selepas menjalani rawatan, pesakit akan dibekalkan dengan pelbagai persiapan herba bergantung kepada penyakit yang dihadapinya. Antara penyakit-penyakit yang dapat dirawat melalui kaedah akupuntur adalah seperti rheumatism, strok, facial palsy, cerebarl palsy(kerosakan otak), gastrik, asma, migrin, sakit pinggang, sakit lutut, glukoma, rawatan muka, menguruskan badan serta pelbagai lagi penyakit lain.

ANDAIAN AHLI AKUPUNTUR
Ahli-ahli ilmu perubatan Timur berpendapat bahawa tubuh manusia merupakan sebuah alam yang kecil. Oleh itu manusia dan alam semesta seharusnya bergabung menjadi satu. Keadaan cuaca alam semesta tidak sentiasanya baik sepanjang tahun. Cuaca yang bermusim ini akan menyebabkan hujan atau cerah sepanjang tahun. Ahli – ahli akupuntur telah mengaitkan hal ini dengan keadan kesihatan seseorang, iaitu seseorang itu pasti akan sakit atau sihat alam suatu selang tempoh tertentu. Menurut ahli- ahli perubatanakupuntur, punca penyakit adalah disebabkan oleh tiga unsur iaitu:-
  • Unsur luar: perubahan cuaca seperti sejuk, panas, lembap dan kering.
  • Unsur dalaman: perubahan mental dan emosi seperti gembira, sedih, fikiran terganggu, resah dan sebagainya. Walaubagaimanapun, kaedah perubatan akupuntur lebih mujarab bagi penyakit yang berpunca daripada perubahan cuaca dan pengaruh emosi.

ORGAN-ORGAN PENTING DALAMAN

Menurut ahli-ahli perubatan akupunturini, organ-organ di dalam tubuh terbahagi kepada dua bahagian iaitu terdapat enam organ di bahagian atas abdomen dan enam organ di bahagian bawahabdomen. Enam organ bahagian atas abdomen ialah hati jantung, pankreas, paru-paru, buah pinggang, dan pembungkus jantung. Manakala enam organ bahagian bawah abdomen adalah hempedu, usus kecil, usus besar, perut, pundi kencing, dan San Ciau. Kedua-dua bahagian abdomen itu saling bantu- membantu dalam melakukan tinbakbalas di dalam badan.San Ciau bermaksud sumber panas.
Oleh kerana manusia berdarah panas, jadi setiap kepanasan mesti ada sumbernya tersendiri. Sumber pertama adalah dari kepala hingga ke hati. Sumber kedua adalah dari hati hingga ke pusat. Manakala sumber yang terakhir adalah dari pusat hingga ke bahagian bawah tubuh badan. Tahap kepanasan setiap sumber-sumber tersebut mesti dijaga supaya seimbang. Pandangan tersebut berasaskan bahawa manusia merupakan alam kecil. Oleh itu, Sang Ciau merupakan langit, Cong Ciau adalah manusia dan Sia Ciau merupakan bumi.

MERIDIAN
Tenaga perlu dialirkan ke dalam bahagian dalam anggota badan supaya kedua-dua bahagian atas dan bawah abdomen dapat berfungsi secara normal dan stabil. Aliran tenaga ini lebih dikenali sebagai meridian. Terdapat 12 meridian secara keseluruhan di dalam setiap tubuh badan manusia. Dua meridian yang utama dalam badan manusia adalah Meridian Ren yang terletak di bahagian depan tubuh badan dan Meridian Tu yang terletak di bahagian belakang tubuh badan kita. Kita harus memastikan perjalanan meridian sentiasa lancar supaya tubuh badan kita sentiasa sihat. Perjalanan meridian yang tidak lancar akan menggangu organ-organ di dalam tubuh badan dan seterusnya akan menyebabkan penyakit.

TITIK AKUPUNTUR

Titik akupuntur merupakan titik yang sangat penting dalam tubuh badan manusia. Titik ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar, namun ia merupakan titik yang digunakan bagi menentukan tahap kesihatan seseorang. Kaedah menekan, memicit, menggosok, membakar atau mencucuk pada titik ini dapat merawat pelbagai penyakit yang dialami oleh pesakit. Titik akupuntur terletak di atas 12 meridian. Jumlah keseluruhan titik akupuntur ialah 365. Jumlahnya adalah lebih kurang sama seperti jumlah hari setahun. Titik ini sangat dipengaruhi oleh penyakit-penyakit yang dihadapi oleh pesakit. Titik ini dicari dengan kaedah melihat dan meraba. Titik akupuntur berfungsi sebagai tempat bagi memulihkan penyakit dengan pelbagai kaedah akupuntur seperti yang telah dibincangkan. 

1 comment:

  1. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK

    ReplyDelete